EJEN HARTANAH PERAK

Saya Mohd Nasharil Nasiruddin adalah seorang Ejen Hartanah Perak yang aktif menguruskan jual-beli rumah, kedai serta tanah di seluruh negeri Perak merangkumi Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar hingga ke Manjung, Kampar, Gopeng, Tapah hingga ke Tanjung Malim. Saya mempunyai pasukan yang besar sekitar 50 orang. Saya Ejen Hartanah Ipoh Perak yang bernaung di bawah Legacy Real Property Sdn Bhd dengan pengalaman hampir 13 tahun mampu memberi jaminan kepada anda untuk menguruskan jual beli hartanah. Prestasi kami yang memberangsangkan dengan kekalkan momentum hingga kini berjaya menjual 100 buah hartanah setahun. Pencapaian ini bukti fokus keutamaan kami.

ANDA INGIN MENJUAL RUMAH DENGAN MUDAH DAN PANTAS? MENCARI EJEN HARTANAH PERAK TERBAIK UNTUK URUSKAN?

Kami boleh membantu jual mahupun sewa hartanah anda samada rumah, kedai, pejabat, kilang dan tanah pertanian.

ADAKAH INI YANG BERMAIN DI FIKIRAN ANDA?

  • Tak tahu harga/nilai pasaran terkini rumah anda?
  • Nak tahu macam mana proses?
  • Macam mana nak iklan? Pernah cuba jual tetapi tidak berjaya?
  • berapa loan bank yang boleh mohon?
  • Kat mana nak semak kelayakan loan?
  • Pening terima call yang banyak dari pembeli?
  • Macam mana nak filter buyer yang betul-betul serius?
  • Nak jual atau beli tapi takut kena tipu?
  • Dah ada pembeli tapi nampak macam takda apa-apa progress?

BERTENANG.. BIAR KAMI BANTU ANDA MENYELESAIKANNYA. SETIAP PERMASALAHAN ANDA AKAN DIURUSKAN DENGAN BAIK DAN PROFESSIONAL.

Saya adalah Ejen Hartanah Perak bernombor REN 19884. Seorang ejen hartanah tertakluk pada pematuhan akta dan undang-undang dari pihak kerajaan serta dipantau oleh Lembaga Penilai dan Pentaksir Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).

Saya Mohd Nasharil Mohd Nasiruddin seorang perunding hartanah berdaftar bernaung di bawah Legacy Real Property (cawangan Perak). Bergiat aktif dalam bidang ini sejak tahun 2013 hingga 2022 sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan kemudian bermula 2020 bergerak untuk urusan hartanah di seluruh pelusuk negeri Perak Darul Ridzuan. Saya merupakan Team Leader dan mempunyai pasukan yang besar dibawah tanggungjawab saya. Pasukan kami telah berjaya menjual melebihi 100 unit hartanah dalam setahun di seluruh negeri Perak.

  • Khidmat nasihat berhubung proses jual-beli hartanah dan sewaan dari permulaan hingga segala urusan selesai dengan jayanya. Tanggungjawab ini termasuk menilai serta membantu bakal pembeli atau penyewa agar keseluruhan proses berjalan lancar.
  • Semakan Nilai Pasaran Semasa bagi memastikan anda menjual atau menyewa hartanah anda pada harga dan kadar yang terbaik. Ini secara langsung membantu bakal pembeli dan penyewa memperolehi pembiayaan yang terbaik dan jaminan kelulusan loan dari perbankan.
  • Strategi Pengiklanan yang tersusun dan profesional. Kaedah yang tepat dan berkesan untuk memastikan penjualan atau penyewaan hartanah anda sentiasa mendapat perhatian yang terbaik. Kesemua platform pengiklanan yang menjamin proses jual-beli / sewaan dapat dijayakan dengan mudah, pantas dan efisyen.
  • Pemantauan Proses Jual-Beli / Sewaan yang sentiasa menjadi keutamaan. Kami akan pastikan pemilihan peguam dan banker yang berpengalaman agar segala proses lancar tanpa sebarang masalah. Jaminan kami proses yang transparent dari awal hingga selesai.
  • Networking atau hubungan baik dengan pelbagai pihak perbankan, penilai dan peguam. Ia sesuatu yang sangat penting agar pihak penjual dan pembeli berpuas hati dengan khidmat kami.

Kajian terhadap nilai pasaran rumah anda sangat penting. Oleh itu, Kami akan bentangkan harga yang terbaik setelah semakan nilai pasaran dan permintaan semasa bagi kawasan rumah anda mengikut jenis serta kualiti hartanah sekaligus menjadikan hartanah anda kelihatan menarik, kompetitif dan mampu terjual dengan cepat.

Kami iklankan rumah anda dengan memberi tumpuan kepada pelbagai medium berbayar serta fokus kepada pembeli yang positif serta berkelayakan dengan menyaring kadar pendapat mereka agar bersesuaian membeli hartanah anda. Kami ada database bakal pembeli yang mencari hartanah di kawasan tertentu dan dengan itu kami akan hubungkan dengan hartanah anda. Ini kaedah yang paling efektif kerana kesemua bakal pembeli dalam database kami adalah mereka yang positif dan serius.

Kami mempunyai hubungan baik dengan peguam, pegawai bank dan jurunilai. Ini mampu melancarkan keseluruhan proses penjualan rumah anda. Dengan kata lain, urusan anda menjadi lebih mudah. It’s a One Stop Center. Anda tidak perlu khuatir kerana kami uruskan segalanya dengan sangat tersusun. Kami bekalkan khidmat yang akan membuatkan anda selesa dan puas hati.

Aktiviti Perunding Hartanah senantiasa padat dalam memastikan proses jual-beli berjalan lancar. Antaranya membawa client meninjau tapak lokasi hartanah, penerangan proses kepada penjual dan pembeli, membentuk strategi pasukan yang mantap dan yang paling utama adalah kepuasan setiap yang berurusan dengan kami.