RUANG YANG MEMPENGARUHI
Dapur adalah ruang yang berpengaruh. Ia mampu mencetuskan semangat, idea serta “mood” sesiapa yang menjengahnya lebih-lebih lagi kaum Hawa. Ruang memasak yang “bebas” beserta susunan alatan yang kemas dan mudah dicapai amat diidamkan oleh mereka. Betul kan? Memiliki dapur yang lengkap akan membantu menghasilkan masakan yang enak. Mereka akan mencuba sedaya mampu untuk memperelokkan hidangan. Tanyakan pada suri rumah hal berkaitan ini, pastinya mereka setuju.
Berikut pandangan yang anda boleh fikirkan:
Rekabentuk Dapur
Ada banyak rekabentuk serta material berbeza dalam membentuk dapur yang bersesuaian dengan rumah anda. Dari yang biasa hingga kepada yang lebih moden dan canggih. Ramai yang inginkan dinding jubin kerana kelihatan cantik dan mudah dicuci. Kesemua rekabentuk haruslah bersesuaian dengan saiz dapur rumah anda.
Pemilihan jenis “table-top” juga perlu diambil kira. Kebiasaan yang kita tahu menggunakan binaan bata dan jubin. Binaan seperti ini biasanya kita akan lihat pada projek baru sebahagian rumah teres. Jika anda mahukan kelaianan, cuba anda lihat pula jenis Granite Countertop. Anda pasti teruja.
Kabinet Dapur
Anda boleh buat pilihan kabinet dapur seperti jenis Melamine Board, 3G Glass, 4G Glass, Solid Plywood, Solid wood (nyatoh) dan lain-lain. IKEA juga memberikan pilihan yang cantik dan idea untuk anda padankan dengan rumah anda agar kelihatan lebih moden. Malahan setiap ruang penyimpanan anda boleh
Aksesori yang menepati ciri rumah anda
Aksesori alat memasak adalah sesuatu yang sangat penting. Pilihan model dan kualiti yang terdapat di pasaran haruslah bertepatan dengan rumah anda dan yang paling utama ianya perlu menepati bajet anda. Setiap jenama menghidangkan kualiti yang berbeza dari jenis Tempered Glass, Stainless Steel dan dapur elektrik jenis Ceramic.
Untuk penyedut asap (Hood) juga meriah di pasaran dengan ketahanan yang berlainan. Tidak salah anda melaburkan sedikit untuk kepuasan yang anda idamkan.
Mungkin perkongsian ini membantu anda dalam membuat keputusan. Selain dari semangat dapur yang menarik mood,ia juga membantu memberi nilai tambah dan tarikan untuk kediaman anda. Sekiranya kemudian hari anda ingin menjual rumah anda, dapur yang anda laburkan ini mampu berkata-kata dengan sendirinya kepada bakal pembeli. Percayalah, ini berdasarkan pengalaman saya.
“Bang, saya suka la rumah ni. Dapur dia cantik kemas. Rasa nak beli la rumah ni Bang” pujuk sang isteri pada suaminya..
Sekian,
Mohd Nasharil
Perunding Hartanah (REN 19884)
Tel no : 0125071604
Legacy Real Property Sdn.Bhd
email :anasharta@gmail.com
website : www.anasharta.my
https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak-property-agent/
“Membantu Anda Merealisasikan Impian, Insyaallah”