Tugas Perunding Hartanah @ Real-Estate Negotiator(REN)
PART 1
Anda mungkin tertanya apakah tugas Perunding Hartanah atau Real-Estate Negotiator (REN) kan? Biasanya soalan ini akan bermain di fikiran mereka yang berniat nak menjual rumah atau mahu membeli. Saya akan cuba ringkaskan agar maklumat ini sedikit sebanyak menjawab persoalan anda. JOM
REN harus menyemak harga semasa sesebuah hartanah dengan pihak valuer@banker. Ini untuk memastikan harga yang sesuai untuk dipasarkan. Dalam masa sama, REN juga harus cakna dengan harga permintaan semasa sesebuah rumah mengikut kawasan serta jenis.Dengan ini, REN mampu untuk menasihati pihak penjual agak mereka dapat gambaran yang jelas berkenaan hartanah yang mereka ingin jual.
Untuk memastikan harga pasaran, REN perlu mendapatkan maklumat berikut :
• Alamat penuh rumah
• Jenis rumah
• Saiz rumah
• Copy geran
• Renovation rumah
REN bertanggungjawab untuk melakukan “inspection” terhadap sesebuah hartanah@rumah. Dengan ini REN dapat gambaran tepat serta mengambil gambar yang terbaik supaya rumah nampak menarik serta mendatangkan minat kepada pembeli. Gambar yang menarik mampu menyerlahkan “kekuatan aura” sesebuah rumah dan menjadi “selling-point” yang utama.
Setiap hartanah yang telah diperiksa dan disaring, REN harus memasarkan unit tersebut melalui medium yang pelbagai seperti medium online (berbayar), offline serta sebaran kepada list potential buyer dalam database REN. Setiap rumah itu harus sampai dengan maklumat yang jitu dan dilihat berkualiti.
Setiap bakal pembeli yang diterima, REN harus memeriksa kelayakan bakal pembeli. Beberapa kriteria perlu diambil seperti berikut :• Periksa kelayakan loan bakal pembeli (semak % DSR pembeli)• Membantu bakal pembeli untuk mendapatkan pinjaman yang terbaik• Menyemak kekuatan kuasabeli bakal pembeli (dari sudut deposit)
Setelah semua hal diperhalusi, REN bertanggungjawab untuk mengiring bakal pembeli untuk meninjau rumah yang mahu dipancing. Ini bertujuan memberi kepuasan kepada bakal pembeli terhadap jenis hartanah yang mereka impikan. Setiap maklumat harus disampaikan dengan baik.
Memastikan semua proses jual-beli diterangkan dengan tepat dan padat kepada pihak penjual dan pembeli. Ini adalah penting supaya kedua pihak mendapat maklumat proses yang benar agar tidak timbul kekeliruan.
REN harus punya hubungan baik dengan banker dan peguam. Ini untuk memastikan kelancaran sesuatu proses itu. REN juga harus mudah dihubungi oleh penjual dan pembeli agar mereka senantiasa peka terhadap proses jual-beli.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau komen, boleh sertakan di ruangan komen. Insyaallah kami akan cuba memberi pencerahan sedaya mungkin.Atau klik pada pautan dibawah
www.wasap.my/60125071604/ejen+hartanah+perak
Mohd Nasharil Nasiruddin
Perunding Hartanah Berdaftar (REN 19884)
Legacy Real Property Sdn Bhd
No Tel : 012-5071604
Email : anasharta@gmail.com
Website : https://anasharta.my/
FB Page : Nash Ejen Hartanah Ipoh
https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak-property-agent/
“Membantu Anda Merealisasikan Impian, Insyaallah”