“KENAPA EJEN NAK SEMAK KELAYAKAN LOAN, PATUT KITA TENGOK LA RUMAH DULU…”
Perunding Hartanah sering berhadapan dengan bakal pembeli yang berminat terhadap rumah yang diiklankan. Namun perasankah anda, ramai Perunding Hartanah akan bertanya berkenaan dengan kelayakan pinjaman anda. Mengapa begitu? Berikut saya cuba rungkaikan.
- Membeli rumah tidak sama macam beli kenderaan. Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Terdapat ramai di kalangan bakal pembeli menyangka dengan gaji bulanan mereka itu layak sedangkan setelah dikira nyata mereka sebenarnya tidak mencapai kadar yang sepatutnya.
Maka ini menjadi sebab utama Perunding Hartanah akan bertanya tentang kelayakan pinjaman bakal pembeli. Adalah lebih baik anda kongsikan pada mereka terlebih dahulu supaya proses seterusnya menjadi lancar. - Perunding Hartanah ini dilantik oleh penjual untuk memasarkan rumah atau kediaman mereka. Pastinya mereka mahu khidmat serta servis yang terbaik. Bayangkan jika Perunding Hartanah telah bawa bakal pembeli tengok rumah dan berminat pula tetapi akhirnya tidak boleh diteruskan dek kerana kelayakan pinjaman mereka tidak setara dengan harga rumah. Ini menyebabkan masa dan tenaga telah dibazirkan. Berkemungkinan besar, penjual akan rasa ejen lantikan mereka tidak cakna.
- Jika bakal pembeli memberikan apa yang sepatutnya diminta oleh Perunding Hartanah untuk mengira kelayakan anda, dan setelah dikira terlihat rumah yang anda minat itu setara dengan pendapatan anda maka anda tidak perlu khuatir lagi. Selebihnya bakal pembeli dapat menjimatkan masa serta besar kemungkinan inilah rumah yang and acari. Bukankah ini memudahkan dan menjimat masa?
Jika sebaliknya, Perunding Hartanah boleh membantu anda untuk mencari kediaman yang sesuai serta separa dengan pendapatan anda. Disini anda juga dapat servis serta khidmat nasihat yang baik dari mereka.
Sebenarnya, tugas Perunding Hartanah ini memudahkan proses anda membeli hartanah. Anda pasti akan berpuas hati dapat berjumpa dengan Perunding Hartanah yang bijak serta professional yang akan membantu anda dengan cemerlang.
Pada saya, kuncinya ialah BERTINDAK BIJAK, MUDAH MENJELMA.
Sekian..
Nanti saya sentuh pula tentang soalan bakal pembeli seperti dalam gambar di lain masa.
Jika anda ada sebarang soalan, titipkan komen Insyaallah saya sedia menjawab.
Mohd Nasharil
Perunding Hartanah Berdaftar
REN 19884
Legacy Real Property