Tips Beli Rumah Subsale(Part 3)

“Bang, saya mampu bayar bang tapi loan tak lepas pulak..”

Sepanjang saya membantu klien dalam proses jual-beli rumah, ramai saya jumpa bakal pembeli yang mampu tetapi tak berjaya dapat pinjaman bank. Kenapa? Mari kita kongsikan..

1๏ธโƒฃ Payslip Sempit

๐Ÿ”น Bila anda mahu semak kelayakan loan, antara dokumen yang diperlukan adalah slip gaji. Bank biasanya memerlukan minima 3 bulan slip gaji terakhir. Dari situ, pihak bank akan membuat kiraan dengan mengambil kira Debt Servis Ratio (DSR) anda yakni segala komitmen bulanan anda akan berkadar langsung dengan pendapatan anda. Atas penilaian bank, maka anda boleh congak berapa harga rumah yang anda boleh beli.

๐Ÿ”น Ada kes yang saya lalui, bakal pembeli mahu beli rumah RM280 ribu sedangkan bank nilai dari pendapatan dia hanya lepas sekitar RM180 ribu ke bawah. Alasan pembeli, dia mampu bayar sebab ada buat kerja luar jual burger. Kami ejen tahu anda mampu cuma dari sudut pandang bank anda sebenar tidak meyakinkan. Justeru, anda wajar mula merancang kewangan anda.

2๏ธโƒฃ Bank Statment

๐Ÿ”น Selain dari slip gaji, antara dokumen lain adalah penyata perbankan. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Ini pada hemat saya, bank nak lihat apakah jumlah pendapatan pembeli pada slip gaji itu selari dengan yang terpapar di penyata bank. Kesemua kemungkinan ini akan memberi indikasi kepada pihak bank bahawa anda mampu atau tidak menambah komitmen membeli rumah.

๐Ÿ”น Sekadar nasihat saya, anda rajinlah menyimpan supaya ada dokumen lain yang boleh kita bentangkan pada bank bagi meyakinkan mereka. ASB mungkin membantu๐Ÿ˜‰

3๏ธโƒฃ Disiplin

๐Ÿ”น Apakah itu? Sebagai ejen hartanah, kami sering menasihati bakal pembeli agar berkongsi tentang disiplin anda membayar komitmen sedia ada. Dalam erti kata lain, kita sembang habis lah๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Ini penting kerana, ejen boleh membantu anda serta memberi panduan apakah yang wajar untuk anda laksanakan agar anda boleh memiliki hartanah idaman.

๐Ÿ”น Contoh yang pernah saya terima, atas kertas dia seakan mampu. Slip gaji padu, penyata bank meyakinkan namun setelah semakan CCRIS nyata dia suka bernombor selain kosong. ๐Ÿ˜ Dari situ pihak bank tahu bahawa tahap disiplin bakal pembeli dalam menepati tempoh bayaran bank tidak memuaskan. Ini juga punca permohonan anda di tolak..

๐Ÿ”น Ada kalanya juga nama mereka berada dalam senarai CTOS dek kerna tak bayar duit beli eksesori ubah suai kereta 5 tahun dulu. Maka, beringatlah anda ketika muda. Rancang kewangan anda..Ini mungkin senarai pendek yang boleh anda renungkan. Saya kini usia telah menghampiri 40 tahun dan pernah melalui zaman muda remaja yang meriah. Nasihat saya, kawal belanja anda. Urus dengan baik aturan. Tangguh dahulu kemewahan, rancang dengan sempurna. Percayalah, masa depan kelak anda selesa hendaknya…

Sekian,

Selamat Tengahari

Mohd Nasharil
Perunding Hartanah Berdaftar (REN 19884)
Legacy Real Property Sdn Bhd
Tel no : 0125071604
Email : anasharta@gmail.com
Website : www.anasharta.my
https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak-property-agent/