Anak Muda Harus Bijak. Orang kata di awal usia alam pekerjaan adalah tempuh membuat kesilapan. Lalu dari manusia belajar perbaiki kehidupan. Alam pekerjaan seronok sebab sudah ada duit sendiri. Rasa nak belanja itu ini. Namun harus ingat, jangan terlalu asyik. Berikut saya kongsikan beberapa pesanan.

1. Kereta

Mesti korang nak beli kan? Tapi ingat, jangan ikut nafsu. Ya mungkin kita mampu bayar tapi kereta ni berevolusi. Setiap tahun ada saja model baru. Jadi, korang boleh beli cuma kena fikir beberapa faktor antaranya adakah ia satu keperluan? Kalau tak, pakai saja Ysuku tu dulu. Kalau keperluan, saranan saya beli yang kecil dulu yang bayaran bulanannya murah. Nanti dah stabil kewangan dan rasa perlu baru tukar lain. Kenapa penting benda ni? Korang akan lalui pelbagai zaman, masa bujang kita sorang nanti bila dah kahwin, keluarga bertambah dan masa ni baru akan rasa keperluan untuk tukar kereta. Cer bayangkan….. Ingat, anak muda harus bijak.

2. Pinjaman Peribadi / Personal Loan

Haaaa….. Yang ni gah tapi bahaya. Bila korang dah masuk alam pekerjaan, gaji korang tu berkelayakan untuk mohon pinjaman peribadi. Kat sini korang kena cermat. Adakah perlu korang mohon? Kalau setakat nak gatal tangan, maka JANGAN sesekali. Jika keadaan terdesak dan memerlukan, korang mohon setakat jumlah yang perlu sahaja. Jangan tekan maksimum nanti menung bertahun. Saya nak bagitau benda ni “berhantu”. Cadangan saya korang buat macam ni, katakan kalau korang pinjam dan kena bayar RM300 sebulan. Jadi korang buat satu tabung, korang simpan duit RM300 tu setiap bulan, setahun dah ada RM3600. Kat sini kebaikan dia korang ada simpanan dan dalam masa sama pegurusan kewangan korang akan nampak terurus. Bayangkan dari jumlah simpanan tahunan tu ada dividen pulak bila menyimpan dalam ASB atau Tabung Haji. Nak kahwin pun dah ada duit.. hihi, Ingat anak muda harus bijak.

3. Kad Kredit

Ok, yang ni satu lagi. Geseran berunsur hasutan ini banyak memusnahkan aturan kewangan anak muda. Kita masa muda kerap jalan shopping mall. Disebabkan kita ada “kad geser” ni akan buat kita berbelanja luar kemampuan. Jadi, di awal alam pekerjaan korang belajar disiplin dulu. Kalau mahukan sesuatu menabunglah. Nanti dah rasa boleh kawal nafsu baru mohon kad kredit, itupun kalau perlu. Mungkin saya boleh sarankan kalau nak pakai kad kredit, mohon yang untuk isi minyak tu. Jadi dalam masa sama, korang boleh “monitor” penggunaan minyak petrol setiap bulan. Atleast, ada la rekod korang dalam CCRIS. Sekali lagi ingat, anak muda harus bijak

Pandangan di atas berdasarkan pengalaman. Saya berhadapan dengan ramai bakal pembeli rumah yang gagal memiliki rumah idaman disebabkan faktor-faktor ini. Kesilapan urus kewangan di usia muda menjadi pengajaran. Justeru hal yang saya kongsikan Insyaallah boleh jadi manfaat untuk korang.Ayuh anak muda, anda bukan biasa-biasa..

Selamat Malam Malaysia.. 🇲🇾

*Teh ais atau nescafe ais??

Mohd Nasharil
Perunding Hartanah (REN 19884)
Legacy Real Property Sdn Bhd
Tel no : 0125071604
Email : anasharta@gmail.com
Website : https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak-property-agent/