BAGAIMANA MAHU KENALPASTI EJEN HARTANAH YANG SAH?

Jika anda mahu membeli atau menjual sesebuah hartanah, anda mungkin akan berurusan dengan perunding hartanah atau “ejen hartanah”. Khidmat Perunding Hartanah dapat membantu anda memudahkan proses penjualan dan pemilikan hartanah yang anda idamkan. Peranan yang dimainkan seorang Perunding Hartanah ini adalah menasihati anda berkenaan keseluruhan proses jual-beli, urusan guaman serta pinjaman bank. Namun ada beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan sebelum meneruskan urusan dengan mereka. Ini adalah penting supaya anda tidak terjebak dengan “broker haram” serta boleh menyelamatkan duit deposit anda. Risau rumah yang nak dibeli tak dapat, duit pula lesap. Berikut adalah beberapa aspek yang membantu anda :

REN TAG

Seorang Perunding Hartanah wajib ada “Real Estate Negotiator Tag” atau REN TAG. Tag ini dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir Ejen Harta Tanah & Pengurusan Harta (LPPEH). Untuk mendapatkannya, mereka harus mengikuti kursus selama 2 hari bagi memperolehi sijil. Kemudian ejensi mereka akan menaja untuk permohonan REN TAG.

Dengan adanya tag ini menjadikan seorang Perunding Hartanah sah untuk beroperasi. Mereka perlu membawanya bersama setiap kami bertemu dengan client. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan orang yang mengaku ejen tetapi tidak dapat menunjukkan tag mereka, JANGAN teruskan niat anda.

Apa ada pada REN TAG?

  1. Nama Perunding Hartanah, Nama Agensi dan Nombor REN

Seawal pertemuan anda dengan ejen hartanah biasanya anda akan diberikan “bisnes kad” mereka. Di situ akan tertera nama ejen, nombor telefon serta nama agensi yang mereka bernaung. Ada beberapa cara untuk anda sahkan seperti menelefon pejabat agensi itu. Terdapat satu lagi cara adalah anda pergi ke laman web LPPEH kemudian masukkan nombor REN mereka.

  • klik pada link http://search.lppeh.gov.my/ kemudian masukkan nombor REN mereka. Disitu akan tertera nama ejen, nama agensi serta tarikh tamat tempoh. Maka anda boleh pastikan kesemua informasi yang ada ada berkenaan ejen tersebut adalah tepat.
setiap REN TAG terdapat kod QR, nama ejen beserta agensi, nombor REN dan tahun.

2. QR kod

Satu lagi cara adalah dengan scan kod QR dengan menggunakan telefon bimbit anda. Kod QR ini akan membawa anda terus ke laman web LPPEH dan segala maklumat ejen akan terpapar sama seperti point yang pertama.

informasi yang dapat dilihat dari laman web LPPEH

3. Hologram LPPEH

Anda akan lihat terdapat hologram LPPEH pada setiap REN TAG yang tulen. Ini antara cara untuk anda boleh kesan adakah ia benar atau tidak disebabkan hologram seperti ini agak susah untuk ditiru.

contoh REN TAG yang tertera hologram

Itulah antara panduan untuk anda sekiranya mahu berurusan dengan ejen hartanah. Jika ada keraguan dari maklumat yang anda dapati atau ketidaksamaan maklumat, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkenaan. Untuk pengetahuan, seseorang REN harus memperbaharui REN TAG mereka setiap tahun. Maka setiap tahun mereka akan diberikan tag yang baru.

Moga dengan sedikit perkongsian ini memberikan sedikit pencerahan buat anda. Insyaallah kita akan kongsikan lagi beberapa tips untuk berurusan dengan perunding hartanah atau ejen hartanah.

sekian,
Anda nak beli atau jual rumah anda?
https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak-property-agent/

MOHD NASHARIL
PERUNDING HARTANAH (REN 19884)
LEGACY REAL PROPERTY SDN BHD
NO TEL : 0125071604
EMAIL : anasharta@gmail.com
WEBSITE : www.anasharta.my
FB PAGES : Anas Hartanah