Anda mahu membeli rumah dan membuat pinjaman perumahan? Ada beberapa perkara yang perlu anda buat penelitian terlebih dahulu. Berikut antara 7 sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak oleh pihak bank.

  1. REKOD CCRIS

Sekiranya rekod dalam laporan CCRIS anda tidak cantik besar kemungkinan bank akan menjadikan sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak. CCRIS akan memaparkan segala hutang anda yang sedia ada dan pihak bank akan dapat melihat ketepatan anda membayar hutang. Jika anda pernah terlewat bayar atau ada tunggakan pinjaman, laporan dalam CCRIS akan menunjukkan segalanya. Jadi, perbaiki rekod pembayaran anda supaya laporan CCRIS kelihatan indah.

Tiada rekod dalam CCRIS juga akan menjadi sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak. Ini adalah kerana pihak bank tidak dapat menilai tahap ketepatan anda menjelaskan pinjaman. Justeru, kepada pemohon yang status begini saya sarankan anda mohon kad kredit dan gunakan untuk tempoh 3 bulan sebagai maklumat awal pada rekod CCRIS. Ingat, jangan tak bayar pula nanti CCRIS tak cantik.

2. MUFLIS

Pemohon yang muflis pastinya akan menemui kegagalan dalam permohonan pinjaman perumahan. Ini pasti sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak.

3. NAMA ADA DALAM REKOD AGENSI KAUNSELING & PENGURUSAN KREDIT (AKPK)

Pemohon ada nama dalam AKPK akan memberi indikasi pada pihak bank bahawa anda pernah tidak upaya membayar komitmen bulanan pinjaman anda. Ini pastinya bank menjadikan sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak.

4. PENJADUALAN SEMULA PINJAMAN SEDIA ADA (REFINANCE)

Anda ada rekod menjadualkan semula pinjaman yang sedia ada. Hal ini akan membuatkan pihak bank berandaian bahawa anda kemungkinan menghadapi masalah kewangan. Namun, pihak bank boleh mempertimbangkan permohonan anda atas beberapa faktor lain. Sebaiknya rancang kewangan anda.

5. AKAUN DALAM PERHATIAN KHAS

Sekiranya ada ada tunggakan pinjaman sedia ada melebihi 3 bulan, biasanya anda akan menerima notis lewat bayar dari pihak bank. Ini bermakna akaun anda telah dimasukkan dalam PERHATIAN KHAS. Hal ini juga akan terpapar dalam laporan CCRIS anda. Caranya, anda perlu jelaskan keseluruhan tunggakan (full settlement). Namun kelulusan permohonan baru juga atas budi bicara pihak bank.

6. TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Nama anda tersenarai dalam laporan CTOS untuk tindakan undang-undang. Ini sama sekali pastinya sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak oleh pihak bank.

7. REKOD PENIPUAN

Kemungkinan pemohon pernah menipu mana-mana pihak bank sebelum ini berkenaan permohonan pinjaman. Contoh penipuan dalam Slip Gaji yang diubah maklumat. Nasihat, elakkan sikap menipu.

Point dia atas adalah antara sebab permohonan pinjaman perumahan anda ditolak oleh pihak bank. Perbetulkan sekiranya anda mempunyai salah satu sebab-sebab di atas. Rancang semula kewangan anda. Insyaallah segalanya dipermudahkan. Semoga bermanfaat.

Sekian,

Mohd Nasharil
Perunding hartanah Berdaftar (REN 19884)
Legacy Real Property Sdn Bhd
Tel no : 012-5071604
Email : anasharta@gmail.com
Website : www.anasharta.my
FB pages : Anas Hartanah

Saya Mohd Nasharil, Perunding Hartanah berdaftar REN 19884 yang bernaung dibawah Legacy Real Property. Saya berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang hartanah. Kami menjalinkan hubungan yang baik dengan beberapa bank untuk urusan pinjaman perumahan. Urusan guaman juga boleh diuruskan. Kepuasan anda keutamaan kami dalam setiap urusniaga.

Legacy Real Property sdn bhd
E (1) 1925
No 20 Jalan Badminton 13/29
Tadisma Business Park, Seksyen 13
40100 Shah Alam

“Membantu Anda Merealisasikan Impian, Insyaallah”

https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak/