Tips Beli Rumah Subsale
(Part 1)
Anda mahu beli rumah? Nak tahu kat mana nak mula dulu? Mari saya kongsikan beberapa tips berikut :
Semak Kelayakan Pinjaman
Pendapat saya ini adalah kreteria paling utama sebelum anda membeli rumah. Tujuan untuk semak kelayakan loan akan memberikan anda satu sudut pandang yang jelas untuk anda membuat pilihan. Dengan membuat semakan awal ini, anda sudah boleh tahu sejauh mana kadar kebolehbayaran anda serta berapa harga rumah yang anda mampu beli. Secara tidak langsung, ia dah jimatkan masa kita dan boleh fokus rumah yang mana sesuai dengan bajet kita.
Deposit Yang Mencukupi
Membeli rumah subsale berbeza dengan beli rumah undercon atau rumah baru. Jika anda ada 10% deposit, bermakna anda sudah boleh memberi tumpuan rumah mana anda mahu beli.
“Saya takda 10%, kalau 5% tu ada la..”Ada kalanya situasi anda mungkin begini. Lebih deposit nak guna KWSP kan? Yang ini biasanya perlu persetujuan dari pihak penjual. Kalau dia ok, bermakna anda insan pilihan.. Apapun, ada juga jalan keluar lain dari itu. Yang ini kena pm tepi baru boleh sembang panjang..
Lokasi Pilihan
Setelah 2 perkara di atas anda telah capai, barulah boleh anda mulakan pencarian. Setiap dari kita punya kreteria jenis rumah yang macam mana, lokasi juga sangat subjektif. Biasanya yang berdekatan dengan kemudahan asas, berhampiran bandar, jarak radius ke bandar tidak jauh sangat memainkan peranan pada harga rumah. Lagi dekat ada kalanya lagi mahal.Maka pilihan anda tentukan.
Kondisi Unit
Setelah semua perkara anda tapis, maka tibalah harinya untuk anda “viewing” unit. Rumah subsale ini bukan seperti rumah baru, subsale pastinya akan ada kerosakan. Cuma bezanya kerosakan itu minor atau major. Kerosakan minor ini selalunya bukanlah kerosakan tetapi perkara yang perlu “touch-up” seperti nak kena cat semula, pasang kitchen cabinet atau plaster ceiling yang perlu “refurbished”. Untuk itu, ada disaran memasukkan sejumlah kadar dalam bajet anda. Berapa itu terpulang.
Kalau anda dapat rumah yang cantik dan menarik, itu petanda anda memang insan bertuah. Jangan tunggu lama, booked unit tersebut sebabnya jika terlewat anda menyesal.Ini antara beberapa point yang pada hemat saya mungkin membantu anda.
Anda kalau ada apa nak tanya, nak sembang-sembang boleh PM saya. Nak semak kelayakan loan pun Insyaallah saya boleh bantu.
Paling best, kita boleh jadi kawan.
Jom sembang dengan saya..
www.wasap.my/60125071604/Assalammualaikum+yop
Anda nak tahu pasal jual rumah pun boleh juga..
Sekian,
*sedapnya cendol
Mohd Nasharil
Perunding Hartanah Berdaftar (REN 19884)
Legacy Real Property Sdn Bhd
Tel no : 0125071604
Email : anasharta@gmail.com
Website : www.anasharta.my
https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak-property-agent/