Tips Beli Rumah Subsale
(Part 2)
Sebelum ini saya pernah kongsikan beberapa tips asas kalau anda mahu beli rumah subsale pada part. yang pertama. Kalau korang belum baca lagi, nah ada link di sini. Rumah subsale ini ada pro dan con berbanding rumah undercon. Berikut antara yang boleh saya senaraikan….
Harga Rumah
Harga rumah tidaklah jauh beza untuk undercon dan subsale. Cuma kebiasaan undercon akan mula jual unit ketika projek sedang dijalankan atau sebelum projek mula. Kita mesti terfikir dengan harga yang ditawarkan kita akan dapat rumah baru yang mana harga lebih kurang sama dengan unit subsale. Cuma ada kalanya juga subsale itu lebih murah berbanding unit baru mungkin disebabkan rekabentuk subsale sedikit “outdated”. Pemilihan ini bergantung pada si pembeli. Masing-masing punya sudut pandang yang berbeza.
Deposit Rendah
Membeli rumah undercon, bayaran booking rendah. Paling tinggi pun RM1000 sahaja. Ini adalah kerana, selebihnya itu dimasukkan dalam nilai pinjaman. Sebaliknya bagi unit subsale, pembeli perlu menyediakan deposit 10% dari harga jualan. Ada pembeli yang tiada duit sebanyak itu dalam tangan mereka. Sebenarnya pembeli jika tiada deposit sebanyak itupun boleh booking unit subsale, memadai ada 3% sahaja dan selebihnya boleh menggunakan KWSP. Cuma hal ini perlu dijelaskan pada pemilik supaya kedua pihak maklum dan untuk keluarkan duit KWSP juga ada syaratnya. Anda boleh pm saya kemudian untuk saya ceritakan.
Rekabentuk Rumah
Ini juga satu nilai ukur yang sering dibahaskan. Ada pembeli merasakan unit undercon lebih cantik, ada yang kata subsale lebih menarik. Terpulang. Cuma pada saya, hal ini tidak penting, kerana apabila rumah itu telah jadi milik anda, anda bebas untuk mengubahsuai rumah mengikut citarasa anda kelak. Janji ada punya modal
Pastinya rekabentuk unit undercon adalah yang paling terbaru. Untuk subsale, ia mood lama kan. Tetapi persoalan ini berbalik kepada point saya di atas.
Kemudahan Asas
Kemudahan asas pula biasanya berbeza. Unit subsale kita sedia maklum pastinya kawasan tersebut sudah “matang” dengan pelbagai kemudahan asas manakala unit undercon akan mengambil sedikit masa untuk membangunkannya.
Bagi yang berkeluarga, jarak sekolah, masjid dan kedai runcit sangat menjadi fokus. Maka pilihan mereka pada saya lebih kepada unit subsale yang pasti akan menghidangkan kesemua di atas. Cuma, ada juga unit undercon yang dibina berhampiran kawasan subsale yang punya kemudahan itu tetapi harganya pasti lebih mahal berbanding undercon . Sekali lagi, tepuk dada tanya selera.
Ini antara sebahagian yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman berurusan dengan pembeli. Anda juga ada alasan dan sebab. Mari kongsikan, siapa tahu pandangan anda membantu insan lain dalam membuat pilihan
Kalau ada nak tanya apa-apa berkenaan jual-beli hartanah, klik link dibawah..
www.wasap.my/60125071604/tips+beli+rumah+subsale
Jom kenal-kenal..
Kita kan kawan
Mohd Nasharil
Perunding Hartanah Berdaftar (REN 19884)
Legacy Real Property Sdn Bhd
Tel no : 0125071604
Email : anasharta@gmail.com
Website : www.anasharta.my
https://anasharta.my/ejen-hartanah-perak-property-agent/